Terma & Syarat Pembelian

Syarat-2 Preorder
     TERMA  DAN SYARAT-SYARAT PEMBELIAN + FAQ 

      Barang-barang yang dijual  di laman web ini terdiri dari
1. Barang-barang  Preorder
2. Barang-barang 'local stock'


1. Apakah makna "Pre-order"?
    Pre-order   bermaksud " 
kebanyakkan barang-barang  yang dipaparkan tiada dalam stok kami ,
    pelanggan yang 
  berminat untuk membeli barang-barang tersebut perlu
    membuat tempahan (order - kami akan pakai istilah ini )terlebih 
 dahulu. Selepas order kami terima,
    kami  akan membeli barangan tersebut  terus 
 dari pembekal kami di negara China,Hong Kong,Taiwan
   dan lain-lain negara. 
Kami akan menghantar order anda selepas barangan itu tiba di stor kami di 
    Malaysia. Kos kastam ( customs clearance) dan cukai belian ( sales tax)  akan dibayar olek pihak kami.

2. Apakah makna 'local-stock'
    Local stock bermakna barang-barang yang kami ambil dari pemborong-pemborong barangan China tempatan di Malaysia.

 Nota Penting!!
    Dalam setiap keadaan, anda perlu bertanya samaada barangan ada stok atau tidak kerana
    senario stok barang-barang adalah berbeza
    a. Biasanya barangan preorder tiada dalam stok kami , jadi kami perlu order dari  negara China dll
    b. Kadang-kadang barangan preorder ada stok .
       Contohnya Umar order barang A sebanyak 1 unit. Kami terima order Umar  dan terus 
       order barang A mungkin dalam 10 unit, jadi ada lebihan 9 unit ready-stock.

      Jika Amirah order barang A juga bermakna barang A sudah sedia ada dalam stok kami .

    c. Barangan local stock juga tertakluk kepada keadaan a. dan b.
     
    
3. Apakah perkhidmatan pos yang digunakan?
    Kami menghantar barang anda melalui Pos Laju atau perkhidmatan 

    courier Skynet

4. Adakah harga barang termasuk kos penghantaran?
    Tidak harga barang tidak termasuk kos penghantaran .
   

5. Apakah kos penghantaran (shipping cost)?
    Kos penghantaran adalah bergantung kepada berat barang anda.
   Anggaran kos menggunakan Pos Laju dengan tracking no.

    Semenanjung Malaysia
    0-500gram - RM6.00

   Sabah/Sarawak
   0-500gram - RM8.00

   Tambahan kg. Kos Pos Laju untuk Semenanjung Malaysia
  501-750gm :RM6.90
  751-1kg :RM8.20
  1.001-1.25kg :RM9.50
  1.251-1.5kg :RM10.70
  1.501-1.75kg :RM12.oo
  1.751-2.okg - RM13.30

  Sabah/sarawak
  501-750gm :RM9.50
  751-1.okg :RM11.30
  1.001kg-1.25kg :RM13.30
 1.251-1.5kg :RM15.20
 1.501-1.75kg :RM17.00
 1.751-2.0kg :RM18.90


  Untuk mengetahui status penghantaran barang anda, sila ke link http://www.poslaju.com.my/track.aspx

Nota : Pembeli di Alor Setar Kedah atau berhampiran boleh datang mengambil barang sendiri ( self-collect )

6. Apakah tempoh penghantaran?
l) Untuk barangan Pre-order  yang tiada stok
    a} Dalam masa 24 jam selepas menerima wang deposit anda, kami akan 

        order barang anda dari pihak pembekal
    b} Dalam masa 20 hari( biasanya) atau 4 minggu untuk pembekal menghantar barang dari 

        negara China ke Malaysia
    c} Dalam masa 1-2 hari , barang akan sampai ke tempat anda


 NOTA: Barangan di hantar melalui laluan udara. Kelewatan barang tiba di Malaysia adalah perlu anda
 fahami apabila melibatkan  penghantaran antarabangsa (international shipping). Faktor kelewatan
penerbangan (flight delay), cuaca,pengurusan kastam (custom clearance) adalah masaalah diluar kawalan pihak kami.
 
 ll) Untuk barangan 'local stock' yang tiada stok
     a}
Dalam masa 24 jam selepas menerima wang deposit anda, kami akan 
        order barang anda dari pihak pembekal
    b} Dalam masa 2 hari( biasanya)  untuk pembekal menghantar barang ke stor kami

    c} Dalam masa 1-2 hari , barang akan sampai ke tempat anda.

  NOTA:  Tempoh diatas adalah untuk pembekal kami yang berada di luar  Kedah. Barangan yang kami ambil dari pembekal di Kedah
                tempoh penghantaran selepas menerima wang deposit adalah 2 hari  sahaja.

lll) Untuk barangan yang ready-stock, tempoh penghantaran adalah 1 -2 hari ( Semenanjung) 4 hari ( Sabah/Sarawak)
               

7. Adakah saya boleh  membeli barang-barang di website ini untuk kuantiti 

    satu ( 1) unit sahaja?
    Boleh. Hanya barang-barang yang di tanda MOQ perlu dibeli dalam   kuantit tertentui.( MOQ- Minimum 

   Order Quantity )
 
8
. Adakah perlu saya membayar deposit untuk order barang?
    Tidak - untuk barang dengan jumlah harga RM50 kebawah
    Ya -  deposit 25% daripada jumlah harga barang RM50 keatas

    Ini untuk mengelakkan dari  pembeli yang tidak serious 
(unserious or joy buyer).

9. Adakah status stok barang pada pembekal?  Maksud saya adakah barang-

    barang itu sentiasa ada stok iaitu  "Ready Stock" ?
    Kebanyakkan barangan dari pembekal adalah "ready stok". 

   Walaubagaimanapun sekiranya barangan tiada stok, kami akan
    memaklumkan kepada anda. Untuk kes tiada stok selepas membayar deposit, kami akan kembalikan  

   wang deposit anda.

10. Adakah saya boleh membatalkan order saya dan dikembalikan wang 

    deposit?
    Ya - Sekiranya barang yang anda order tiada stok
    Ya-  Sekiranya kami belum membuat order barang anda iaitu kami belum 

           membeli barang order anda dari  pembekal
    Tidak - Sekiranya kami telah membeli barang order anda dari pembekal   

    Tidak - Sekiranya barang order anda  lewat sampai

11. Apakah barangan ada "warranty period"?
    Cuma barangan elektronik dan electrik yang ada "limited warranty period" 

   dalam masa 1 bulan disebabkan kerosakan asal  (manufacturing faulty). Sekiranya barangan yang anda terima
  ( semua katagori)didapati 
rosak, pecah atau tidak berfungsi, sila hubungi kami. 

    Nota:
   Anda perlu pulangkan kembali barang rosak, pecah atau tidak berfungsi itu termasuk packing asal kepada kami dalam masa 4 hari.
   Sila pulangkan semua barang selengkapnya sebagaimana anda menerimanya. Barang yang rosak disebabkan
   kecuaian anda  contohnya jatuh lalu rosak, tuntutan warranty tidak boleh dibuat. Kos pos untuk penghantaran
   barang rosak  termasuk untuk tuntutan warranty adalah dibawah tanggungjawab anda


Syarat-Syarat Tambahan
1. Sila perhatikan  betul-betul  saiz dan warna sebenar barang mengikut rujukan spesifikasi  item sebelum membeli. Gambar barang di laman web                 mungkin nampak  lebih besar dari produk sebenar. Warna juga sedikit berbeza mengikut  hardware dan setting graphic card dan monitor anda
2. Kebanyakkan barangan dihantar adalah bersama 'retail pack/box'. Adakalanya kotak yang tiba kepada kami mengalami kesan kemek . Itu adalah di           luar kawalan kami. Cuma kami akan pastikan tiada langsung kerosakan pada produk yang anda beli
3. Warna barang bergantung kepada kesediaan stok. Jika warna barang yang anda beli tiada stok, kami akan menghubungi anda dahulu
4. Harga barang-barang boleh berubah mengikut harga pembekal. Olehitu sentiasa perhatikan tanda harga sebelum membuat order


SEKIRANYA ANDA FAHAM DAN BERSETUJU DENGAN SYARAT-SYARAT DI ATAS ANDA LAYAK UNTUK  MEMBELI-BELAH DI WEBSITE INI.
 TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.
***************************************************
KEPUASAN PELANGGAN ADALH KEPUASAN KAMI